Monday, September 6, 2010

Awas Skim Cepat Kaya

Skim cepat kaya ialah stu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan tau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dengan janji dan syarat bahawa wang yang dilaburkan tersebut akan dipulangkan dengan faedah atau keuntungan yang tinggi.. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya seperti Skim piramid dan Skim Ponzi. Dan yang paling terkenal ialah skim Pak Man Telo.

Sebagai permulaan, penganjur skim cepat kaya akan menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan kepada pendeposit sebelumnya. ara penganjur tidak melaburkan wang yang diterima ke dalam pelaburan yang mendatangkan keuntungan. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat membayar pulangan yang tinggi kepada pendeposit yang sedia ada. Jika tidak ada pendeposit yang baru, para penganjur skim tidak akan memperoleh wang lalu skim tersebut akan gagal. Justeru, pendeposit yang sedia ada akan kehilangan wang mereka.


Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-
  • "Anda hanya perlu tunggu wang terkumpul di dalam akaun anda."
  • "Anda cuma perlu mengirimkan wang anda kepada .. dan dia akan membuat deposit ke dalam akaun anda."
  • "Dijamin tiada risiko, tiada kerugian, wang anda akan dikembalikan."

Kebanyakan penganjur skim cepat kaya yang melaksanakan skim urus niaga mata wang asing haram melaksanakan skim mereka secara berikut:

• Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering

• Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara)

• Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet

• Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan
• Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga

• Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

Sebagai pengguna yang bijak, kita harus mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang skim cepat kaya untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan hanya menawarkan janji-janji manis. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
 
Sumber : Wikipedia

Wednesday, September 1, 2010

Khasiat Kayu Manis

Kayu manis bukan sekadar penyedap rasa dalam masakan sahaja, malah ia mempunyai khasiat untuk tubuh badan kita. Antaranya:

  • Menurunkan kolesterol LDL dan mengawal paras gula Jurnal Penjagaan Diabetes mendedahkan bahawa pengambilan setengah sudu teh kulit kayu manis setiap hari boleh menurunkan paras gula darah dengan ketara bagi penghidap diabetes Tahap 2.
  • Mengurangkan pembiakan sel kanser Dalam satu kajian oleh Jabatan Pertanian di Maryland, US, kulit kayu manis mengurangkan pembiakan sel-sel kanser leukemia dan limfoma.
  • Pencegah darah beku Kajian juga mendapati kulit kayu manis memberi kesan terhadap darah iaitu membantu mencegah pembekuan platelet darah yang tidak diperlukan.
  • Anti inflamasi Makanan bergoreng dan berlemak menyebabkan kita mengalami inflamasi selepas memakannya. Mengamalkan pengambilan kulit kayu manis dalam masakan mengurangkan masalah ini.
  • Pengawet Jika kulit kayu manis ditambah dalam makanan, ia akan bantutkan pertumbuhan bakteria dan menyebabkannya lebih tahan lama.
  • Mencerdaskan otak Dengan menghidu kulit kayu manis akan meningkatkan fungsi kognitif dan memori.
  • Sumber mineral dan serat Merupakan sumber mangan, zat besi, serat dan kalsium.
  • Antikulat Mengandungi bahan antikulat, antibakteria dan antiperasit yang didapati berkesan melawan jangkitan yis vagina, yis mulut, ulser perut dan kutu rambut.
  • Memperbaiki penghadaman Kulit kayu manis membantu mereka yang mengalami kejang perut atau masalah penghadaman.
  • Membaiki tisu Kulit kayu manis dipercayai mampu memperbaiki tisu-tisu di dalam tubuh.
  • Melegakan sesak nafas Digunakan untuk melegakan sesak nafas akibat selesema, alahan dan masalah-masalah kesihatan ringan lain.
  • Melegakan sakit otot dan sendi Mereka yang mengamalkan makan kulit kayu manis dilaporkan berasa lega dari kekakuan, malah ada sakit yang hilang terus.
  • Melegakan kesakitan semasa haid Wanita yang memakan sejumlah kulit kayu manis semasa haid mendapati sakit dan ketidakselesaan berkurangan.
  • Mencairkan darah Kulit kayu manis mengandungi agen mencair darah dan juga bertindak meningkatkan pengedaran darah.
  • Mencegah jangkitan saluran kencing Mereka yang mengamalkan kulit kayu manis dilaporkan jarang mengalami jangkitan saluran kencing.
  • Mencegah masalah mulut Ia dikatakan membantu mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.
  • Membunuh bakteria berbahaya Bertindak sebagai agen antimikrob, iaitu mampu membunuh kuman seperti E.Coli dan bakteria-bakteria berbahaya lain.
Namun jangan dimakan secara berlebihan kerana menjadi toksik dan menyebabkan perubahan pada penafasan, sakit perut, cirit-birit, mengantuk, depresi, menggigil dan kejang, gusi merah dan berdarah juga ulser mulut.

Wednesday, August 25, 2010

Keluli tahan karat tinggi bahan anti oksida

Tahukah anda bahawa alat-alat perkakasan rumah dan alat perhiasan diri yang diperbuat daripada bahan keluli dan tahan karat itu mempunyai kelebihan? Dalam dunia sains, keluli tahan karat mengandungi bahan-bahan sebatian karbon dan krominum. Sebatian tersebut mempunyai kelebihan tidak akan mudah terhakis seperti bahan keluli biasa kerana kandungan anti oksidanya yang tinggi. Disebabkan oleh itu, ia menjadi bahan utama dalam pembinaan pesawat, garfu dan sudu serta tali jam tangan.

Sumber : estidotmy

Wednesday, August 18, 2010

Bahaya tersembunyi produk 3-in-1

KUALA LUMPUR – Penggunaan produk minuman 3-in-1 yang kini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.




Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.



“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin ia boleh menimbulkan masalah,” katanya semasa ditemu bual oleh pengecara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24 hari ini.

Sumber : Kosmo!

Sistem Tubuh Terjejas Akibat MSG

  • Tindak balas alahan. MSG menjejaskan tindak balas imun dengan merangsang dan merosakkan sistem saraf.
  • Tekanan darah. Glutamat boleh membentuk kekurangan taurina - saluran kalsium kekal terbuka - menyebabkan tekanan darah tinggi.
  • Saluran darah. Glutamat merubah ukur lilit saluran darah - salah satu penyebab sakit kepala.
  • Otak. Dengan menjejaskan pankreas dan menyebabkan hipoglisemia (paras gula meninggalkan otak dengan pertahanan yang lemah), MSG boleh merosakkan otak.
  • Sistem penghadaman. Boleh menyebabkan cirit-birit dan hempedu terjejas.
  • Sistem endokrin. Menyebabkan ketagihan dan berdasarkan kajian, menyebabkan kemandulan ke atas binatang betina.
  • Pendengaran. Menganggu sistem pendengaran dan bunyi berdesing.
  • Degupan jantung. Degupan jantung tidak sekata atau tidak menentu.
  • Hipoglisema. Menurunkan paras gula darah dan membuatkan hipoglisemia bertambah buruk.
  • Hipotalamus. Menganggu sistem hormon, masalah tiroid.
  • Paru-paru. Mencetuskan asma.
  • Sistem saraf. Merangsang saraf lidah secara berlebih-lebihan sehingga sel-sel itu mati.
  • Multipel Sklerosis. Menyebabkan kelemahan otot, susah untuk menelan, kepenatan, menganggu sistem pembuangan serta tekanan perasaan.
  • Pankreas. Menyebabkan diabetes dan kegemukan.
  • Penglihatan. Menyebabkan kerosakan retina.
Sumber : Panduan CAP

Thursday, July 15, 2010

Kenapa Telefon Bimbit TIDAK SELAMAT?

  1. Membakar otak dan kulit
    • Britain : Telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Satu kajian British yang diketengahkan dua tahun lalu meunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan yang lain adalah lebih besar berbanding pendedahan keseluruhan badan kepada stesen pangkalannya.
    • Sweden : Satu kajian yang utama mendapati peningkatan sehingga 48 kali ganda aliran haba pada telinga, muka atau kepala penggunanya.
    • Rusia : Telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7'C serta menyebabkan kanser kulit. Ia juga membuatkan kulit berkedut, tidak bermaya kerana sel-sel kulit tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
  2. Meningkatkan risiko kanser
    • Sweden : Penggunaan telefon bimbit meningkatkan risiko tumor otak hampir 2 kali ganda.
    • Amerika : Pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit mempunyai paras melatonin (hormon penting bagi mencegah kanser) yang rendah.
    • Pengguna telefon digital diketahui boleh mengembangkan penyakit non-Hodgkin di dalam kelenjar limfa leher mereka.
    • Pendedahan selama beberapa minit kepada radiasi telefon bimbit boleh mengubah 5% kanser aktif kepada 95%.
  3. Kerosakan pada DNA dan Sistem Imun
    • Kajian di UK mendapati radiasi frekuensi radio yang lemah sama seperti yang dipancarkan oleh telefon bimbit boleh merosakkan sistem imun badan yang melawan jangkitan dan penyakit.
  4. Kecacatan ketika lahir
    • Amerika : Radiasi telefon bimbit telah dikaitkan dengan kemungkinan bahaya kepada wanita hamil dan bayi di dalam kandungan. Dalam satu kajian, radiasi didapati menyebabkan kecacatan kepada embrio ayam.
  5. Kenaikan takanan darah
    • Jerman : Satu kajian yang dilaporkan dalam Lancet pada 1998, tekanan darah manusia meningkat antara 5-10mm Hg (kenaikan yang cukup untuk menyebabkan strok atau serangan jantung pada mereka yang berisiko tinggi) apabila didedahkan radiasi telefon bimbit.
  6. Penyakit Alzheimer, Parkinson & Sklerosis Multipel
    • Sweden : Pendedahan cuma selama dua minit kepada radiasi telefon bimbit boleh melemahkan penghalang keselamatan di dalam darah, menyebabkan protein dan bahan toksin memasuki otak lalu menyebabkan Alzheimer, Parkinson dan Sklerosis Multipel.
    • Penggunaan telefon bimbit selama 30 minit sehari adalah dua kali ganda cenderung mengalami keadaan hilang daya ingatan berbanding mereka yang menggunakannya kurang daripada dua minit.
    • Amerika : Satu kajian mendapati daya ingatan tikus menjadi lemah setelah terdedah selama 45 minit kepada radiasi telefon bimbit.
    • UK : Kajian tajaan kerajaan mengaitkan pendedahan radiasi telefon bimbit dengan kehilangan daya ingatan buat seketika dan kekeliruan secara tiba-tiba.
  7. Penyakit jantung dan batu karang
    • Eropah : Pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menyebabkan sel-sel darah merah membocorkan hemoglobin (yang membawa oksigen) di mana pengumpulannya boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu karang.
  8. Penurunan nafsu seks, kepanasan dan kelesuan
    • Ukarine : Berdasarkan kajian yang dijalankan di atas binatang, penggunaan telefon bimbit secara drastik boleh mengurangkan keinginan seks. Tikus yang terdedah kepada radiasi telefon bimbit didapati mempunyai paras testosterone dalam aliran darah jauh berkurangan daripada tikus yang tidak terdedah kepadanya.
    • Scandinavia : Kajian mengesahkan hubungan ketara antara jangka masa dan jumlah panggilan dibuat oleh pengguna dengan gejala-gejala seperti kelesuan, kepanasan dan sakit kepala. Pengguna telefon bimbit yang kerap juga dilaporkan mengalami kulit berdenyut-denyut atau bergerak-gerak.
  9. Sakit kepala, pening & hilang tumpuan
    • Sweden : Kajian ke atas 11 000 pengguna telefon mendapati pengguna yang membuat empat panggilan atau lebih dalam masa sehari adalah 3.6 kali lebih mudah diserang sakit kepala berbanding mereka yang membuat panggilan kurang daripada dua kali. Pengguna juga 2.3 kali lebih mudah hilang tumpuan.
     
    Sumber : Panduan CAP

Thursday, July 8, 2010

92% Roti yang Diuji Terlalu Banyak Pengawet

Utusan Pengguna keluaran September-Oktober 2006 telah melaporkan hasil ujian yang mengejutkan mengenai bahan pengawet asid propionik dalam roti.
   Ujian menunjukkan sehingga 92% roti yang dibeli sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuk buku roti dan ban, mengandungi asid propionik melebihi 5 kali ganda daripada yang dibenarkan.
   Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dengan kandungan natrium, kalium atau garam kalsiumnya tidak melebihi 2000 mg/kg roti [Peraturan 65 (2)a].
   Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada tahun 2005 dan 23 pada tahun 2006), hanya empat sampel didapati menepati paras propionik asid yang dibenarkan. Yang lain, 46 daripada 50 sampel - iaitu 92% daripada roti yang diuji - mengandungi asid propionik melebihi 2000 mg/kg.
   Di antara jenama popular yang terlibat ialah roti dalam bentuk buku dan ban keluaran syarikat besar. Turut terlibat adalah roti dan ban daripada rangkaian makanan segera, pasar raya dan pembuat roti tempatan.

Sumber : Utusan Pengguna

Thursday, June 17, 2010

Membeli belah secara lestari!

  • Beli barangan tempatan - ini adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan pencemaran kepada alam sekitar.
  • Elakkan membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin) - barangan ini biasanya dibungkus secara berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.
  • Beli produk yang segar dan ditanam secara organik - tanaman organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar dan kepada kesihatan.
  • Susu dan telur - beli susu yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula seperti karton atau botol kaca dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang dikitar semula.
  • Bijirin - beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh dikitar semula. Elakkan daripada membeli barangan mini yang menyebabkab lebih banyak sisa. Beli pembungkusan yang besar dan disimpan dalam bekas yang betul.
  • Minuman (air dalam botol, kotak jus, dan minuman lain) - ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah; ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman.
  • Pasta, bijian, serbuk kari - belilah produk yang diperolehi daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
  • Daging - pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah.
  • Barangan berasaskan kertas - belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang dikitar semula. Jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum dikitar semula.
  • Bahan pencuci - kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Belilah bahan pencuci yang mesra alam.
  • Bawa beg sendiri - ini akan mengurangkan pengunaan beg plastik semasa membeli belah.

Sumber : Buletin Pengguna

Thursday, May 20, 2010

Senaman Sihatkan Badan

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:

  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan kepada jantung.
  • Ia mngurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan emosi.
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai 'high density lipo' proteins (HDL).
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
Bagaimana Hendak Bersenam

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesengan anda.
  • Bile melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.
Syarat Bersenam

  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.
Sumber : Buletin Pengguna Januari 2008

Monday, May 10, 2010

Tip Menentukan Halal atau Tidak

Makanan di hotel-hotel memang menyelerakan. Di tambah dengan cara penyediaan dan susun atur, makanan menjadi sangat menyelerakan. Tahukah kita sebagai seorang umat Islam, wajib untuk kita mengetahui sama ada makanan tersebut halal atau tidak. Tips ini diberikan oleh seorang chef yang telah lama berkecimpung dalam industri perhotelan semasa temubualnya dengan wartawan majalah Al-Islam Mei 2010.

Antaranya:
  1. Apabila kita sendawa kerana kekenyangan, sendawa tersebut tidak seperti biasa yakni anginnya keluar melalui hidung - tidak syak lagi makanan tersebut mengandungi arak.
  2. Jika chef sedang memasak dengan aksi 'flambe' iaitu memasak dengan api yang menjulang tinggi. Perhatikan api tersebut, jika apinya berwarna biru, sahlah terdapat arak dalam masakannya.
  3. Sekiranya ayam goreng rangup dan kerangupannya tahan lama atau tidak basi, sahlah terdapat lemak babi. Anda boleh rasa, jika terdapat sedikit kelat, sah terdapat lemak babi.
Tidak kira apa restoran atau hotel itu, pesanan dari kami dari KEPENA SEMESCO ialah berhati-hatilah memilih tempat menjamu selera.

Pertahan hak selaku pengguna

Setiap anggota masyarakat perlu memiliki kesedaran penggunaan yang tinggi bagi memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya serta tidak dipermainkan oleh peniaga yang tidak beretika.
- Pengalaman tertipu membeli telefon bimbit berjenama dua tahun lalu membuatkan gadis berlesung pipit, Natasha A. Bakar 24, sangat berhati-hati dan lebih menyedari hak dirinya.
- "Ketika itu saya ke sebuah pasar raya di ibu kota selepas dimaklumkan ada gerai yang menawarkan telefon bimbit yang berjenama dengan kadar yang rendah.
- "Tiba-tiba seorang lelaki yang berusia lingkuan 30-an menghampiri saya dan menunjukkan fungsi serta kelebihan telefon bimbit yang berjenama Blackberry menyebabkan saya teruja dan mempercayai ia adalah telefon tulen," katanya.
- Tambah gadis ini, dia tidak pernah merasa ragu-ragu ketika hendak membeli telefon bimbit kerana menyangka ia pasti peralatan yang asli.
- "Namun selepas pulang ke rumah, saya menyedari telefon tersebut palsu setelah menunjukkannya kepada adik dan mengatakan ia adalah palsu kerana langsung tidak boleh digunakan walaupun lengkap dengan bateri.
- "Saya terkejut dan setelah menyedari telah tertipu, saya kembali ke pasar raya tersebut setelah satu hari tetapi gagal menemui gerai tersebut," ujarnya.
- Bersandarkan pengalaman itu, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan harga telefon bimbit yang ditawarkan.
- "Kalau boleh belilah telefon bimbit di premis yang sah bagi menjamin telefon bimbit yang dibeli betul-betul tulen," katanya.

Sumber : Kosmo!

MI SEGERA BUKAN PENYEBAB KANSER

Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana memudaratkan kesihatan.
- Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
- "Ia hanya pendapat individu semata-mata.
- "Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas bekas plastik makanan dan hasil pemantauan mendapati tiada bukti yang menyatakan makanan itu tidak selamat," jelasnya.
- Pada 22 April lalu, Kosmo! melaporkan CAP mendakwa mi segera boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, angin ahmar dan kerosakan buah pinggang.
- Menurut kenyataan yang sama, Centre for Food Safety di Hong Kong telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi cawan dari pelbagai negara dan hasil kajian mendapati mi cawan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh United State Food and Drug Administration (USFDA)

Sumber : Kosmo! 6 Mei 2010

Wednesday, April 28, 2010

Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat





Aktiviti ini diselia oleh Puan Salasiah. 10 pelajar iaitu 7 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki terlibat dalam aktiviti ini. Pelajar perlu membuat pemerhatian infrastruktur dan kemudahan awam di tempat-tempat yang ditugaskan dan mencatat di dalam borang pemerhatian.
Hasil Pemerhatian:
1. Kawasan Sekolah
  • Jalan - Selamat dan dalam keadaan yang baik
  • Bangunan - Keadaan Baik
  • Bulatan jalan - Selamat
  • Parit / Longkang - Kotor
  • Tempat berjalan kaki - Tidak selamat, terlalu hampir dengan jalanraya
  • Kemudahan awam - Rosak dan tidak boleh berfungsi dengan baik
  • Pengangkutan - Selamat
  • Kemudahan makanan - Bersih dan sedap
  • Kemudahan air - Tidak baik
  • Stesen bas - Baik / Selamat
  • Perhentian bas - Baik / Selamat
  • Taman Rekreasi - Selamat / Sesuai
  • Tong sampah - Mencukupi
  • Papan tanda jalan - Kurang baik dan kurang jelas
  • Pondok telefon - Tidak boleh brfungsi dengan baik
  • Pili bomba - Rosak
  • Tandas awam - Kurang baik / Kotor
  • Tempat duduk - Baik dan mencukupi

2. Di Sungai Choh berhampiran gerai Nasi Ayam

  • Jalan - Sempit untuk laluan dua hala dan berlubang
  • Bangunan - Keadaan baik
  • Parit / Longkang - Kotor dan tersumbat dengan sampah
  • Tempat berjalan kaki - Sempit / Berbahaya
  • Persekitaran - Tidak bersih, sampah sarap di merata-rata
  • Perhentian bas - Tak strategik, sukar untuk dilihat
  • Tong sampah - Amat kotor dan sampah sarap di sekeliling tong sampah
  • Papan tanda jalan - Tidak jelas
  • Restoran - Keadaan baik dan bersih
  • Gerai makanan - Keadaan baik dan bersih
  • Tempat duduk - Mencukupi tetapi tidak bersih

3. Sungai Choh Tanjung

  • Jalan - Berlubang, tidak rata dan berbahaya
  • Bangunan - Keadaan tidak baik
  • Parit / Longkang - Busuk dan kotor dengan sampah
  • Sungai - Kotor dan busuk
  • Jambatan - Sesuai dan strategik untuk kegunaan penduduk
  • Tempat berjalan kaki - Tidak selamat dan terlalu hampir dengan jalanraya
  • Selekoh - Berbahaya dan kerap berlaku kemalangan
  • Perhentian bas - Keadaan tidak baik, terlalu kecil dan tidak selesa
  • Tong sampah - Mencukupi
  • Papan tanda jalan - Jelas dan boleh dilihat dengan baik
  • Pondok telefon - Tidak cukup dan rosak
  • Pili Bomba - Tiada dan perlu untuk keselamatan
  • Restoran - Kotor dan terletak di tepi jalanraya besar
  • Tempat duduk - Tiada

Tuesday, April 27, 2010

8 HAK PENGGUNA

8 HAK PENGGUNA ialah:

Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Penguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapat maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan, penipuan dan penyelewengan.

Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna dapat mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang 'mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau musnah.

SELAMAT DATANG KE BLOG KEPENA SEMESCO

Tujuan
Untuk membentuk generasi yang bijak, rasional, berdaya saing dan bertanggungjawab.

Objektif

  1. Meningkatkan kesedaran mengenai hak dan tanggungjawab pengguna serta isu-isu kepenggunaan semasa.

  2. Meningkatkan pengalaman. kemahiran dan kepimpinan didalam hal-hal kepenggunaan.

  3. Memupuk semangat berpasukan dan bersatu padu dikalangan ahli-ahli kelab didalam membuat keputusan dan menyuarakan pendapat didalam hal-hal kepenggunaan.

  4. Menyemarakkan kegiatan kepenggunaan dikalangan ahli kelab dan rakan-rakan sekolah.
Carta Organisasi
Penaung: Puan Habshah binti Abdul Kudus
Penasihat: Puan Salasiah
- Puan Zaida
- Puan Punitha
Pengerusi: Mohammed Ishaq Shawal bin Zulkifli
Naib Pengerusi: Nurul Atiekah bt Azman
Setiausaha: Bazilah bt Bahaldin
P. Setiausaha: Zaleha bt Badrul Hishim
Bendahari: Syafiqah bt Nordin
Juruaudit: Syamim bt Che Zakaria
- Muhd Nadzir Hasyimi bin Mohammad
AJK Kecil: Mimi Shahira bt Kamaruddin
- Siti Noor Shafikha
- Leela