Thursday, May 20, 2010

Senaman Sihatkan Badan

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:

  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan kepada jantung.
  • Ia mngurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan emosi.
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai 'high density lipo' proteins (HDL).
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
Bagaimana Hendak Bersenam

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesengan anda.
  • Bile melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.
Syarat Bersenam

  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.
Sumber : Buletin Pengguna Januari 2008

Monday, May 10, 2010

Tip Menentukan Halal atau Tidak

Makanan di hotel-hotel memang menyelerakan. Di tambah dengan cara penyediaan dan susun atur, makanan menjadi sangat menyelerakan. Tahukah kita sebagai seorang umat Islam, wajib untuk kita mengetahui sama ada makanan tersebut halal atau tidak. Tips ini diberikan oleh seorang chef yang telah lama berkecimpung dalam industri perhotelan semasa temubualnya dengan wartawan majalah Al-Islam Mei 2010.

Antaranya:
  1. Apabila kita sendawa kerana kekenyangan, sendawa tersebut tidak seperti biasa yakni anginnya keluar melalui hidung - tidak syak lagi makanan tersebut mengandungi arak.
  2. Jika chef sedang memasak dengan aksi 'flambe' iaitu memasak dengan api yang menjulang tinggi. Perhatikan api tersebut, jika apinya berwarna biru, sahlah terdapat arak dalam masakannya.
  3. Sekiranya ayam goreng rangup dan kerangupannya tahan lama atau tidak basi, sahlah terdapat lemak babi. Anda boleh rasa, jika terdapat sedikit kelat, sah terdapat lemak babi.
Tidak kira apa restoran atau hotel itu, pesanan dari kami dari KEPENA SEMESCO ialah berhati-hatilah memilih tempat menjamu selera.

Pertahan hak selaku pengguna

Setiap anggota masyarakat perlu memiliki kesedaran penggunaan yang tinggi bagi memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya serta tidak dipermainkan oleh peniaga yang tidak beretika.
- Pengalaman tertipu membeli telefon bimbit berjenama dua tahun lalu membuatkan gadis berlesung pipit, Natasha A. Bakar 24, sangat berhati-hati dan lebih menyedari hak dirinya.
- "Ketika itu saya ke sebuah pasar raya di ibu kota selepas dimaklumkan ada gerai yang menawarkan telefon bimbit yang berjenama dengan kadar yang rendah.
- "Tiba-tiba seorang lelaki yang berusia lingkuan 30-an menghampiri saya dan menunjukkan fungsi serta kelebihan telefon bimbit yang berjenama Blackberry menyebabkan saya teruja dan mempercayai ia adalah telefon tulen," katanya.
- Tambah gadis ini, dia tidak pernah merasa ragu-ragu ketika hendak membeli telefon bimbit kerana menyangka ia pasti peralatan yang asli.
- "Namun selepas pulang ke rumah, saya menyedari telefon tersebut palsu setelah menunjukkannya kepada adik dan mengatakan ia adalah palsu kerana langsung tidak boleh digunakan walaupun lengkap dengan bateri.
- "Saya terkejut dan setelah menyedari telah tertipu, saya kembali ke pasar raya tersebut setelah satu hari tetapi gagal menemui gerai tersebut," ujarnya.
- Bersandarkan pengalaman itu, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan harga telefon bimbit yang ditawarkan.
- "Kalau boleh belilah telefon bimbit di premis yang sah bagi menjamin telefon bimbit yang dibeli betul-betul tulen," katanya.

Sumber : Kosmo!

MI SEGERA BUKAN PENYEBAB KANSER

Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana memudaratkan kesihatan.
- Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
- "Ia hanya pendapat individu semata-mata.
- "Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas bekas plastik makanan dan hasil pemantauan mendapati tiada bukti yang menyatakan makanan itu tidak selamat," jelasnya.
- Pada 22 April lalu, Kosmo! melaporkan CAP mendakwa mi segera boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, angin ahmar dan kerosakan buah pinggang.
- Menurut kenyataan yang sama, Centre for Food Safety di Hong Kong telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi cawan dari pelbagai negara dan hasil kajian mendapati mi cawan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh United State Food and Drug Administration (USFDA)

Sumber : Kosmo! 6 Mei 2010