Monday, May 10, 2010

MI SEGERA BUKAN PENYEBAB KANSER

Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana memudaratkan kesihatan.
- Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
- "Ia hanya pendapat individu semata-mata.
- "Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas bekas plastik makanan dan hasil pemantauan mendapati tiada bukti yang menyatakan makanan itu tidak selamat," jelasnya.
- Pada 22 April lalu, Kosmo! melaporkan CAP mendakwa mi segera boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, angin ahmar dan kerosakan buah pinggang.
- Menurut kenyataan yang sama, Centre for Food Safety di Hong Kong telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi cawan dari pelbagai negara dan hasil kajian mendapati mi cawan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh United State Food and Drug Administration (USFDA)

Sumber : Kosmo! 6 Mei 2010

No comments:

Post a Comment