Wednesday, September 1, 2010

Khasiat Kayu Manis

Kayu manis bukan sekadar penyedap rasa dalam masakan sahaja, malah ia mempunyai khasiat untuk tubuh badan kita. Antaranya:

  • Menurunkan kolesterol LDL dan mengawal paras gula Jurnal Penjagaan Diabetes mendedahkan bahawa pengambilan setengah sudu teh kulit kayu manis setiap hari boleh menurunkan paras gula darah dengan ketara bagi penghidap diabetes Tahap 2.
  • Mengurangkan pembiakan sel kanser Dalam satu kajian oleh Jabatan Pertanian di Maryland, US, kulit kayu manis mengurangkan pembiakan sel-sel kanser leukemia dan limfoma.
  • Pencegah darah beku Kajian juga mendapati kulit kayu manis memberi kesan terhadap darah iaitu membantu mencegah pembekuan platelet darah yang tidak diperlukan.
  • Anti inflamasi Makanan bergoreng dan berlemak menyebabkan kita mengalami inflamasi selepas memakannya. Mengamalkan pengambilan kulit kayu manis dalam masakan mengurangkan masalah ini.
  • Pengawet Jika kulit kayu manis ditambah dalam makanan, ia akan bantutkan pertumbuhan bakteria dan menyebabkannya lebih tahan lama.
  • Mencerdaskan otak Dengan menghidu kulit kayu manis akan meningkatkan fungsi kognitif dan memori.
  • Sumber mineral dan serat Merupakan sumber mangan, zat besi, serat dan kalsium.
  • Antikulat Mengandungi bahan antikulat, antibakteria dan antiperasit yang didapati berkesan melawan jangkitan yis vagina, yis mulut, ulser perut dan kutu rambut.
  • Memperbaiki penghadaman Kulit kayu manis membantu mereka yang mengalami kejang perut atau masalah penghadaman.
  • Membaiki tisu Kulit kayu manis dipercayai mampu memperbaiki tisu-tisu di dalam tubuh.
  • Melegakan sesak nafas Digunakan untuk melegakan sesak nafas akibat selesema, alahan dan masalah-masalah kesihatan ringan lain.
  • Melegakan sakit otot dan sendi Mereka yang mengamalkan makan kulit kayu manis dilaporkan berasa lega dari kekakuan, malah ada sakit yang hilang terus.
  • Melegakan kesakitan semasa haid Wanita yang memakan sejumlah kulit kayu manis semasa haid mendapati sakit dan ketidakselesaan berkurangan.
  • Mencairkan darah Kulit kayu manis mengandungi agen mencair darah dan juga bertindak meningkatkan pengedaran darah.
  • Mencegah jangkitan saluran kencing Mereka yang mengamalkan kulit kayu manis dilaporkan jarang mengalami jangkitan saluran kencing.
  • Mencegah masalah mulut Ia dikatakan membantu mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.
  • Membunuh bakteria berbahaya Bertindak sebagai agen antimikrob, iaitu mampu membunuh kuman seperti E.Coli dan bakteria-bakteria berbahaya lain.
Namun jangan dimakan secara berlebihan kerana menjadi toksik dan menyebabkan perubahan pada penafasan, sakit perut, cirit-birit, mengantuk, depresi, menggigil dan kejang, gusi merah dan berdarah juga ulser mulut.

1 comment: