Monday, September 6, 2010

Awas Skim Cepat Kaya

Skim cepat kaya ialah stu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan tau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dengan janji dan syarat bahawa wang yang dilaburkan tersebut akan dipulangkan dengan faedah atau keuntungan yang tinggi.. Terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya seperti Skim piramid dan Skim Ponzi. Dan yang paling terkenal ialah skim Pak Man Telo.

Sebagai permulaan, penganjur skim cepat kaya akan menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan kepada pendeposit sebelumnya. ara penganjur tidak melaburkan wang yang diterima ke dalam pelaburan yang mendatangkan keuntungan. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat membayar pulangan yang tinggi kepada pendeposit yang sedia ada. Jika tidak ada pendeposit yang baru, para penganjur skim tidak akan memperoleh wang lalu skim tersebut akan gagal. Justeru, pendeposit yang sedia ada akan kehilangan wang mereka.


Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah:-
  • "Anda hanya perlu tunggu wang terkumpul di dalam akaun anda."
  • "Anda cuma perlu mengirimkan wang anda kepada .. dan dia akan membuat deposit ke dalam akaun anda."
  • "Dijamin tiada risiko, tiada kerugian, wang anda akan dikembalikan."

Kebanyakan penganjur skim cepat kaya yang melaksanakan skim urus niaga mata wang asing haram melaksanakan skim mereka secara berikut:

• Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering

• Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara)

• Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet

• Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan
• Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga

• Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka .

Sebagai pengguna yang bijak, kita harus mengelakkan diri daripada mempercayai sebarang skim cepat kaya untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan hanya menawarkan janji-janji manis. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.
 
Sumber : Wikipedia

No comments:

Post a Comment