Thursday, July 15, 2010

Kenapa Telefon Bimbit TIDAK SELAMAT?

  1. Membakar otak dan kulit
    • Britain : Telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Satu kajian British yang diketengahkan dua tahun lalu meunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan yang lain adalah lebih besar berbanding pendedahan keseluruhan badan kepada stesen pangkalannya.
    • Sweden : Satu kajian yang utama mendapati peningkatan sehingga 48 kali ganda aliran haba pada telinga, muka atau kepala penggunanya.
    • Rusia : Telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7'C serta menyebabkan kanser kulit. Ia juga membuatkan kulit berkedut, tidak bermaya kerana sel-sel kulit tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
  2. Meningkatkan risiko kanser
    • Sweden : Penggunaan telefon bimbit meningkatkan risiko tumor otak hampir 2 kali ganda.
    • Amerika : Pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit mempunyai paras melatonin (hormon penting bagi mencegah kanser) yang rendah.
    • Pengguna telefon digital diketahui boleh mengembangkan penyakit non-Hodgkin di dalam kelenjar limfa leher mereka.
    • Pendedahan selama beberapa minit kepada radiasi telefon bimbit boleh mengubah 5% kanser aktif kepada 95%.
  3. Kerosakan pada DNA dan Sistem Imun
    • Kajian di UK mendapati radiasi frekuensi radio yang lemah sama seperti yang dipancarkan oleh telefon bimbit boleh merosakkan sistem imun badan yang melawan jangkitan dan penyakit.
  4. Kecacatan ketika lahir
    • Amerika : Radiasi telefon bimbit telah dikaitkan dengan kemungkinan bahaya kepada wanita hamil dan bayi di dalam kandungan. Dalam satu kajian, radiasi didapati menyebabkan kecacatan kepada embrio ayam.
  5. Kenaikan takanan darah
    • Jerman : Satu kajian yang dilaporkan dalam Lancet pada 1998, tekanan darah manusia meningkat antara 5-10mm Hg (kenaikan yang cukup untuk menyebabkan strok atau serangan jantung pada mereka yang berisiko tinggi) apabila didedahkan radiasi telefon bimbit.
  6. Penyakit Alzheimer, Parkinson & Sklerosis Multipel
    • Sweden : Pendedahan cuma selama dua minit kepada radiasi telefon bimbit boleh melemahkan penghalang keselamatan di dalam darah, menyebabkan protein dan bahan toksin memasuki otak lalu menyebabkan Alzheimer, Parkinson dan Sklerosis Multipel.
    • Penggunaan telefon bimbit selama 30 minit sehari adalah dua kali ganda cenderung mengalami keadaan hilang daya ingatan berbanding mereka yang menggunakannya kurang daripada dua minit.
    • Amerika : Satu kajian mendapati daya ingatan tikus menjadi lemah setelah terdedah selama 45 minit kepada radiasi telefon bimbit.
    • UK : Kajian tajaan kerajaan mengaitkan pendedahan radiasi telefon bimbit dengan kehilangan daya ingatan buat seketika dan kekeliruan secara tiba-tiba.
  7. Penyakit jantung dan batu karang
    • Eropah : Pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menyebabkan sel-sel darah merah membocorkan hemoglobin (yang membawa oksigen) di mana pengumpulannya boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu karang.
  8. Penurunan nafsu seks, kepanasan dan kelesuan
    • Ukarine : Berdasarkan kajian yang dijalankan di atas binatang, penggunaan telefon bimbit secara drastik boleh mengurangkan keinginan seks. Tikus yang terdedah kepada radiasi telefon bimbit didapati mempunyai paras testosterone dalam aliran darah jauh berkurangan daripada tikus yang tidak terdedah kepadanya.
    • Scandinavia : Kajian mengesahkan hubungan ketara antara jangka masa dan jumlah panggilan dibuat oleh pengguna dengan gejala-gejala seperti kelesuan, kepanasan dan sakit kepala. Pengguna telefon bimbit yang kerap juga dilaporkan mengalami kulit berdenyut-denyut atau bergerak-gerak.
  9. Sakit kepala, pening & hilang tumpuan
    • Sweden : Kajian ke atas 11 000 pengguna telefon mendapati pengguna yang membuat empat panggilan atau lebih dalam masa sehari adalah 3.6 kali lebih mudah diserang sakit kepala berbanding mereka yang membuat panggilan kurang daripada dua kali. Pengguna juga 2.3 kali lebih mudah hilang tumpuan.
     
    Sumber : Panduan CAP

Thursday, July 8, 2010

92% Roti yang Diuji Terlalu Banyak Pengawet

Utusan Pengguna keluaran September-Oktober 2006 telah melaporkan hasil ujian yang mengejutkan mengenai bahan pengawet asid propionik dalam roti.
   Ujian menunjukkan sehingga 92% roti yang dibeli sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuk buku roti dan ban, mengandungi asid propionik melebihi 5 kali ganda daripada yang dibenarkan.
   Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dengan kandungan natrium, kalium atau garam kalsiumnya tidak melebihi 2000 mg/kg roti [Peraturan 65 (2)a].
   Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada tahun 2005 dan 23 pada tahun 2006), hanya empat sampel didapati menepati paras propionik asid yang dibenarkan. Yang lain, 46 daripada 50 sampel - iaitu 92% daripada roti yang diuji - mengandungi asid propionik melebihi 2000 mg/kg.
   Di antara jenama popular yang terlibat ialah roti dalam bentuk buku dan ban keluaran syarikat besar. Turut terlibat adalah roti dan ban daripada rangkaian makanan segera, pasar raya dan pembuat roti tempatan.

Sumber : Utusan Pengguna