Thursday, July 8, 2010

92% Roti yang Diuji Terlalu Banyak Pengawet

Utusan Pengguna keluaran September-Oktober 2006 telah melaporkan hasil ujian yang mengejutkan mengenai bahan pengawet asid propionik dalam roti.
   Ujian menunjukkan sehingga 92% roti yang dibeli sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuk buku roti dan ban, mengandungi asid propionik melebihi 5 kali ganda daripada yang dibenarkan.
   Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dengan kandungan natrium, kalium atau garam kalsiumnya tidak melebihi 2000 mg/kg roti [Peraturan 65 (2)a].
   Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada tahun 2005 dan 23 pada tahun 2006), hanya empat sampel didapati menepati paras propionik asid yang dibenarkan. Yang lain, 46 daripada 50 sampel - iaitu 92% daripada roti yang diuji - mengandungi asid propionik melebihi 2000 mg/kg.
   Di antara jenama popular yang terlibat ialah roti dalam bentuk buku dan ban keluaran syarikat besar. Turut terlibat adalah roti dan ban daripada rangkaian makanan segera, pasar raya dan pembuat roti tempatan.

Sumber : Utusan Pengguna

No comments:

Post a Comment