Thursday, June 17, 2010

Membeli belah secara lestari!

  • Beli barangan tempatan - ini adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan pencemaran kepada alam sekitar.
  • Elakkan membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin) - barangan ini biasanya dibungkus secara berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.
  • Beli produk yang segar dan ditanam secara organik - tanaman organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar dan kepada kesihatan.
  • Susu dan telur - beli susu yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula seperti karton atau botol kaca dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang dikitar semula.
  • Bijirin - beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh dikitar semula. Elakkan daripada membeli barangan mini yang menyebabkab lebih banyak sisa. Beli pembungkusan yang besar dan disimpan dalam bekas yang betul.
  • Minuman (air dalam botol, kotak jus, dan minuman lain) - ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah; ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman.
  • Pasta, bijian, serbuk kari - belilah produk yang diperolehi daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
  • Daging - pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah.
  • Barangan berasaskan kertas - belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang dikitar semula. Jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum dikitar semula.
  • Bahan pencuci - kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Belilah bahan pencuci yang mesra alam.
  • Bawa beg sendiri - ini akan mengurangkan pengunaan beg plastik semasa membeli belah.

Sumber : Buletin Pengguna

No comments:

Post a Comment