Sunday, January 30, 2011

Amalan yang memudaratkan selepas makan

Walaupun perut sudah kenyang , banyak cara dilakukan untuk memberikan lebih kepuasan. Namun tidak semua amalan selepas makan mendatangkan kebaikkan walaupun ia sangat selesa dilakukan .
Melakukan sesuatu selepas makan tengahari /malam boleh mendatangkan tindakbalas kepada tubuh . Mungkin akan mengambil jangka masa lama untuk melihat kesannya.
Beberapa perkara perlu dielakkan untuk menjamin kesihatan:
1.Merokok-kajian mendapati menghisap rokok selepas makan menyamai menghisap 10 batang rokok sekaligus.
2.Mandi - mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut,ini melemahkan sistem pencernaan.
3.Minum teh-daun teh boleh mengakibatkan protein dari makanan  mengeras dan sukar dihadam/cerna
4.Tidur-makanan yang diambil tidak dapat dicerna dengan baik( masalah jangkitan pada usus )
5.Makan buah-buahan-menyebabkan perut dipenuhi udara (kembung ) ,sesuai makan selepas 1 / 2 jam selepas makan
6.Berjalan-jalan-menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi drpd makanan yang ditelan
7.Longgarkan talipinggang- boleh menyebabkan usus anda bermasalah seperti terbelit/tersumbat

No comments:

Post a Comment