Monday, May 10, 2010

Pertahan hak selaku pengguna

Setiap anggota masyarakat perlu memiliki kesedaran penggunaan yang tinggi bagi memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya serta tidak dipermainkan oleh peniaga yang tidak beretika.
- Pengalaman tertipu membeli telefon bimbit berjenama dua tahun lalu membuatkan gadis berlesung pipit, Natasha A. Bakar 24, sangat berhati-hati dan lebih menyedari hak dirinya.
- "Ketika itu saya ke sebuah pasar raya di ibu kota selepas dimaklumkan ada gerai yang menawarkan telefon bimbit yang berjenama dengan kadar yang rendah.
- "Tiba-tiba seorang lelaki yang berusia lingkuan 30-an menghampiri saya dan menunjukkan fungsi serta kelebihan telefon bimbit yang berjenama Blackberry menyebabkan saya teruja dan mempercayai ia adalah telefon tulen," katanya.
- Tambah gadis ini, dia tidak pernah merasa ragu-ragu ketika hendak membeli telefon bimbit kerana menyangka ia pasti peralatan yang asli.
- "Namun selepas pulang ke rumah, saya menyedari telefon tersebut palsu setelah menunjukkannya kepada adik dan mengatakan ia adalah palsu kerana langsung tidak boleh digunakan walaupun lengkap dengan bateri.
- "Saya terkejut dan setelah menyedari telah tertipu, saya kembali ke pasar raya tersebut setelah satu hari tetapi gagal menemui gerai tersebut," ujarnya.
- Bersandarkan pengalaman itu, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan harga telefon bimbit yang ditawarkan.
- "Kalau boleh belilah telefon bimbit di premis yang sah bagi menjamin telefon bimbit yang dibeli betul-betul tulen," katanya.

Sumber : Kosmo!

1 comment:

  1. zaman semakin canggih,plagiat bukan setakat bahan berbentuk penulisan shj.bahkan semua barang. kalau boleh manusia ini ditiru ,mungkin akan ditiru juga.....

    ReplyDelete