- Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan kepada jantung.
- Ia mngurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan emosi.
- Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori anda.
- Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
- Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai 'high density lipo' proteins (HDL).
- Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
- Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
- Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesengan anda.
- Bile melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
- Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
- Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
- Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.
- Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
- Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
- Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
- Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
- Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.
Sumber : Buletin Pengguna Januari 2008