Thursday, July 8, 2010

92% Roti yang Diuji Terlalu Banyak Pengawet

Utusan Pengguna keluaran September-Oktober 2006 telah melaporkan hasil ujian yang mengejutkan mengenai bahan pengawet asid propionik dalam roti.
   Ujian menunjukkan sehingga 92% roti yang dibeli sekitar Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuk buku roti dan ban, mengandungi asid propionik melebihi 5 kali ganda daripada yang dibenarkan.
   Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dengan kandungan natrium, kalium atau garam kalsiumnya tidak melebihi 2000 mg/kg roti [Peraturan 65 (2)a].
   Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada tahun 2005 dan 23 pada tahun 2006), hanya empat sampel didapati menepati paras propionik asid yang dibenarkan. Yang lain, 46 daripada 50 sampel - iaitu 92% daripada roti yang diuji - mengandungi asid propionik melebihi 2000 mg/kg.
   Di antara jenama popular yang terlibat ialah roti dalam bentuk buku dan ban keluaran syarikat besar. Turut terlibat adalah roti dan ban daripada rangkaian makanan segera, pasar raya dan pembuat roti tempatan.

Sumber : Utusan Pengguna

Thursday, June 17, 2010

Membeli belah secara lestari!

  • Beli barangan tempatan - ini adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan pencemaran kepada alam sekitar.
  • Elakkan membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin) - barangan ini biasanya dibungkus secara berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.
  • Beli produk yang segar dan ditanam secara organik - tanaman organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar dan kepada kesihatan.
  • Susu dan telur - beli susu yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula seperti karton atau botol kaca dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang dikitar semula.
  • Bijirin - beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh dikitar semula. Elakkan daripada membeli barangan mini yang menyebabkab lebih banyak sisa. Beli pembungkusan yang besar dan disimpan dalam bekas yang betul.
  • Minuman (air dalam botol, kotak jus, dan minuman lain) - ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah; ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman.
  • Pasta, bijian, serbuk kari - belilah produk yang diperolehi daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
  • Daging - pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah.
  • Barangan berasaskan kertas - belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang dikitar semula. Jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum dikitar semula.
  • Bahan pencuci - kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Belilah bahan pencuci yang mesra alam.
  • Bawa beg sendiri - ini akan mengurangkan pengunaan beg plastik semasa membeli belah.

Sumber : Buletin Pengguna

Thursday, May 20, 2010

Senaman Sihatkan Badan

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:

  • Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan kepada jantung.
  • Ia mngurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan emosi.
  • Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori anda.
  • Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung.
  • Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung yang dikenali sebagai 'high density lipo' proteins (HDL).
  • Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.
Bagaimana Hendak Bersenam

  • Jadikan senaman sebagai amalan hidup anda.
  • Senaman perlu dibuat mengikut kehendak dan kesengan anda.
  • Bile melakukan senaman, jarakkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, untuk sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali.
  • Panaskan badan dengan melakukan regangan sekurang-kurangnya 5 minit sebelum sesi senaman dan sejukkan badan melalui regangan selepas aktiviti senaman.
  • Kemantapan senaman seharusnya boleh menggerakkan denyutan nadi anda lebih kurang 120-150 denyutan seminit.
  • Mulakan program senaman anda perlahan-lahan dan kemudian tingkatkannya dari masa ke masa.
Syarat Bersenam

  • Lakukan senaman dengan betul bagi mengelakkan kecederaan.
  • Jangan bersenam ketika sakit atau cedera.
  • Pastikan anda memanaskan badan sebelum bersenam dan menyejukkannya selepas bersenam.
  • Pakailah pakaian yang selesa dan tidak terlampau ketat.
  • Gunakan kasut yang sesuai dengan lapisan tapak yang cukup apabila berjalan, berjogging atau berlari.
Sumber : Buletin Pengguna Januari 2008

Monday, May 10, 2010

Tip Menentukan Halal atau Tidak

Makanan di hotel-hotel memang menyelerakan. Di tambah dengan cara penyediaan dan susun atur, makanan menjadi sangat menyelerakan. Tahukah kita sebagai seorang umat Islam, wajib untuk kita mengetahui sama ada makanan tersebut halal atau tidak. Tips ini diberikan oleh seorang chef yang telah lama berkecimpung dalam industri perhotelan semasa temubualnya dengan wartawan majalah Al-Islam Mei 2010.

Antaranya:
  1. Apabila kita sendawa kerana kekenyangan, sendawa tersebut tidak seperti biasa yakni anginnya keluar melalui hidung - tidak syak lagi makanan tersebut mengandungi arak.
  2. Jika chef sedang memasak dengan aksi 'flambe' iaitu memasak dengan api yang menjulang tinggi. Perhatikan api tersebut, jika apinya berwarna biru, sahlah terdapat arak dalam masakannya.
  3. Sekiranya ayam goreng rangup dan kerangupannya tahan lama atau tidak basi, sahlah terdapat lemak babi. Anda boleh rasa, jika terdapat sedikit kelat, sah terdapat lemak babi.
Tidak kira apa restoran atau hotel itu, pesanan dari kami dari KEPENA SEMESCO ialah berhati-hatilah memilih tempat menjamu selera.

Pertahan hak selaku pengguna

Setiap anggota masyarakat perlu memiliki kesedaran penggunaan yang tinggi bagi memastikan mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya serta tidak dipermainkan oleh peniaga yang tidak beretika.
- Pengalaman tertipu membeli telefon bimbit berjenama dua tahun lalu membuatkan gadis berlesung pipit, Natasha A. Bakar 24, sangat berhati-hati dan lebih menyedari hak dirinya.
- "Ketika itu saya ke sebuah pasar raya di ibu kota selepas dimaklumkan ada gerai yang menawarkan telefon bimbit yang berjenama dengan kadar yang rendah.
- "Tiba-tiba seorang lelaki yang berusia lingkuan 30-an menghampiri saya dan menunjukkan fungsi serta kelebihan telefon bimbit yang berjenama Blackberry menyebabkan saya teruja dan mempercayai ia adalah telefon tulen," katanya.
- Tambah gadis ini, dia tidak pernah merasa ragu-ragu ketika hendak membeli telefon bimbit kerana menyangka ia pasti peralatan yang asli.
- "Namun selepas pulang ke rumah, saya menyedari telefon tersebut palsu setelah menunjukkannya kepada adik dan mengatakan ia adalah palsu kerana langsung tidak boleh digunakan walaupun lengkap dengan bateri.
- "Saya terkejut dan setelah menyedari telah tertipu, saya kembali ke pasar raya tersebut setelah satu hari tetapi gagal menemui gerai tersebut," ujarnya.
- Bersandarkan pengalaman itu, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan harga telefon bimbit yang ditawarkan.
- "Kalau boleh belilah telefon bimbit di premis yang sah bagi menjamin telefon bimbit yang dibeli betul-betul tulen," katanya.

Sumber : Kosmo!

MI SEGERA BUKAN PENYEBAB KANSER

Penggemar mi segera kini tidak lagi perlu bimbang menikmati hidangan tersebut kerana Kementerian Kesihatan semalam mengesahkan ia bukan penyebab pelbagai penyakit termasuk kanser.
- Penjelasan itu sekali gus menafikan amaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada 21 April lalu bahawa makanan itu perlu dijauhi kerana memudaratkan kesihatan.
- Kementerian dalam kenyataan semalam menjelaskan, dakwaan CAP itu tidak berasas kerana tidak disokong bukti saintifik.
- "Ia hanya pendapat individu semata-mata.
- "Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas bekas plastik makanan dan hasil pemantauan mendapati tiada bukti yang menyatakan makanan itu tidak selamat," jelasnya.
- Pada 22 April lalu, Kosmo! melaporkan CAP mendakwa mi segera boleh mendatangkan pelbagai penyakit termasuk kanser, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, angin ahmar dan kerosakan buah pinggang.
- Menurut kenyataan yang sama, Centre for Food Safety di Hong Kong telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi cawan dari pelbagai negara dan hasil kajian mendapati mi cawan mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh United State Food and Drug Administration (USFDA)

Sumber : Kosmo! 6 Mei 2010

Wednesday, April 28, 2010

Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat





Aktiviti ini diselia oleh Puan Salasiah. 10 pelajar iaitu 7 pelajar perempuan dan 3 pelajar lelaki terlibat dalam aktiviti ini. Pelajar perlu membuat pemerhatian infrastruktur dan kemudahan awam di tempat-tempat yang ditugaskan dan mencatat di dalam borang pemerhatian.
Hasil Pemerhatian:
1. Kawasan Sekolah
  • Jalan - Selamat dan dalam keadaan yang baik
  • Bangunan - Keadaan Baik
  • Bulatan jalan - Selamat
  • Parit / Longkang - Kotor
  • Tempat berjalan kaki - Tidak selamat, terlalu hampir dengan jalanraya
  • Kemudahan awam - Rosak dan tidak boleh berfungsi dengan baik
  • Pengangkutan - Selamat
  • Kemudahan makanan - Bersih dan sedap
  • Kemudahan air - Tidak baik
  • Stesen bas - Baik / Selamat
  • Perhentian bas - Baik / Selamat
  • Taman Rekreasi - Selamat / Sesuai
  • Tong sampah - Mencukupi
  • Papan tanda jalan - Kurang baik dan kurang jelas
  • Pondok telefon - Tidak boleh brfungsi dengan baik
  • Pili bomba - Rosak
  • Tandas awam - Kurang baik / Kotor
  • Tempat duduk - Baik dan mencukupi

2. Di Sungai Choh berhampiran gerai Nasi Ayam

  • Jalan - Sempit untuk laluan dua hala dan berlubang
  • Bangunan - Keadaan baik
  • Parit / Longkang - Kotor dan tersumbat dengan sampah
  • Tempat berjalan kaki - Sempit / Berbahaya
  • Persekitaran - Tidak bersih, sampah sarap di merata-rata
  • Perhentian bas - Tak strategik, sukar untuk dilihat
  • Tong sampah - Amat kotor dan sampah sarap di sekeliling tong sampah
  • Papan tanda jalan - Tidak jelas
  • Restoran - Keadaan baik dan bersih
  • Gerai makanan - Keadaan baik dan bersih
  • Tempat duduk - Mencukupi tetapi tidak bersih

3. Sungai Choh Tanjung

  • Jalan - Berlubang, tidak rata dan berbahaya
  • Bangunan - Keadaan tidak baik
  • Parit / Longkang - Busuk dan kotor dengan sampah
  • Sungai - Kotor dan busuk
  • Jambatan - Sesuai dan strategik untuk kegunaan penduduk
  • Tempat berjalan kaki - Tidak selamat dan terlalu hampir dengan jalanraya
  • Selekoh - Berbahaya dan kerap berlaku kemalangan
  • Perhentian bas - Keadaan tidak baik, terlalu kecil dan tidak selesa
  • Tong sampah - Mencukupi
  • Papan tanda jalan - Jelas dan boleh dilihat dengan baik
  • Pondok telefon - Tidak cukup dan rosak
  • Pili Bomba - Tiada dan perlu untuk keselamatan
  • Restoran - Kotor dan terletak di tepi jalanraya besar
  • Tempat duduk - Tiada